Selasa, 6 Ogos 2013

MENGENAI SUKARELAWAN POLIS
Sukarelawan Polis adalah satu daripada cabang bantuan sumber tenaga manusia PDRM bagi menjalankan pencegahan dan pembenterasan jenayah dengan lebih berkesan dan lebih efektif. Fungsi Sukarelawan Polis lebih kurang seperti Askar Wataniah (Satu daripada cabang bantuan sumber tenaga manusia ATM).

Agensi Sukarelawan Polis terdiri daripada 6 agensi yang dibenarkan oleh PDRM. Sukarelawan Polis diletakan dibawah seliaan Cawangan Pembantu PDRM Bukit Aman dan kontinjen negeri-negeri. Manakala di peringkat IPPD, Sukarelawan Polis diletakkan dibawah seliaan Cawangan Perhubungan Awam.

Agensi yang diwartakan oleh PDRM untuk menubuhkan Sukarelawan Polis ialah:
(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN VIII)
1.Sukarelawan Simpanan Polis PDRM (SP/PDRM)
2.Sukarelawan Simpanan Polis RELA (SP/RELA)
3.Sukarelawan Simpanan Polis JPAM (SP/JPAM)
(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN X)
4.Simpanan Polis PBPM (BEKAS POLIS)
(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN XI)
5.Kor Kadet Polis KPT (KOR SUKSIS)
6.Kor Kadet Polis KPM (KADET POLIS)

1 ulasan: